December 23, 2010

....

PERLU & CARI.

...

BOSAN TANPA PENGERTIAN.

..

BELAJAR & IKUT RENTAK SETERUSNYA.

.

MANUSIA BUKAN ROBOT.

November 12, 2010

musibat

musibat sinonim dengan celaka, malang dan sebagainya. baru nak beralih arah ke tumblr. bila nk log in balik. "email or password is incorrect". tekan forgot password "sorry, that email addresss is not registered with us".

tumblr pun pandai bermain onar dengan aku.

October 26, 2010

MALAS.

September 29, 2010

kisah bobo.

bobo orangnya berbadan gempal dan comel. berambut kerinting. kulitnya hitam manis. bobo digelar dugong dikalangan budak rumah sewannya. keistimewaannya membuat bunyi dugong. mungkin sejak azali lagi bobo suka sangat menonton animal planet dikala zaman kecilnya. bobo kadang kala lucu orangnya. bobo jugak tak suka menipu rakannya yang lain.

kelmarin, selesai makan terus pulang ke rumah. aku teringin nak main buaian dekat taman bawah rumah. tiba tiba ternampak pakaian dalam wanita.

"yoe, ada bra!" gelak gelak sambil menunjukkan kearah bra.

masing masing ada agenda tersendiri. yoe ambik bra menggunakan kunci moto. semua memikirkan idea untuk mengenakan bobo. akhirnya bra disimpan dalam sweaternya tanpa pengetahuan bobo.

bobo balik seperti sedia kala tanpa mengetahui apa apa.

"siapalah yang bawak balik bra ke rumah!" teriak bobo tiba tiba.

semua keluar bilik buat muka tak bersalah walaupun tahu siapa arjuna yang membawa balik bra tu ke rumah. kemain lagi bobo tanak mengaku bawak balik bra. sanggup berpura pura tak bersalah.





September 18, 2010

kakak jagung

dah tiba masanya untuk pulang ke bangi. sempat jugak la aku cium tangan dengan pipi mak dengan ayah. mak sempat jugak cakap "duduk rumah asyik nak bergaduh je dengan mak". sifat manja tu kekadang perlu ada. mak bekalkan makanan untuk dibawa pulang. ternyata kasih sayang mak tetap utuh. adik ada jugak mengalirkan air mata. sedih bukan main. ayah tetap dengan jiwanya yang tenang. pernah jugak dia tawarkan aku rm1000 kalau hafal surah yassin dalam masa 3bulan semasa tengah enak aku makan kacang sambil tengok rancangan raya yang rancak rancak. sempat jugak aku lemparkan sengih osman kering bila dia berkata begitu. terkelu lidah pun ada. dalam perjalanan, abg ada jugak suruh turun bila jagung mentah tepi jalan. katanya untuk mak mertua dia. pandai dia ambik hati bakal mak mertua dia dengan jagung mentah. aku menurut perintahnya. tampak seperti adik yang mendengar kata.

"kak, selonggok jagung ni berapa?"

"selonggok rm10 je dik" jawab kakak jagung.

"bagi 2 la kak"

"okay, tadi kakak ingat adik ni cina!." balas kakak jagung.

aku mula senyum lebar. gaya maskulin terasa nak muncul.kemain lagi ayat kakak ni tau. puji tanpa segan silu. haish.







September 12, 2010

malam raya.

dekat facebook bukan main hangat orang upload gambar raya. gembira di hari lebaran. itu belum yang puasa tak penuh sibuk sibuk nak beraya. ada jugak yang guna gambar raya yang lama. budak budak bukan main seronok.

malam raya dekat kampung boleh tahan seronok. atuk bukan main ligat nak suruh temankan pergi rumah sedara malam raya. apakah daya, aku seorang cucu yang mendengar kata dan bertanggungjawab gitu.

dari rumah atuk ke rumah sedara. dah macam perang teluk. kiri kanan bunyi letup letup. atuk boleh dikatakan takut jugak. seperti kebiasaan, sifat pemalu tu mesti ada. atuk suka sangat jumpa sedaranya. bukan main ligat atuk speaking jawa. aku cuma terangguk angguk tanda faham. habis jugak 2balang kerepek pisang aku makan. kemain lagi sedap kerepek pisang orang kampung. ada potensi untuk pergi jauh.

rancangan tv malam raya banyak yang rancak rancak. tak terlepas jugak sampaikan raya. sempat jugak pekena ketupat dengan ayam masak lemak cili api sorang diri. semua dah hanyut dengan mimpi masing masing. aku sorang je yang ternyata gagah. jenaka nabil telinga capang dekat tv2 kalah senario asam garam. merepek dia boleh tahan macam kerepek dan rempeyek. malam raya "meriah" jugak macam ni. tiada kehangatan raya sungguh.




August 31, 2010

bahan uji kaji.

kekadang demam masa bulan puasa elok jugak kan. dapat la makan disuap mak sendiri. bukan senang nak kena suap. masa kecik kecik bulu kaki takda pun jarang makan bersuap. tapi apa kes kalau demam pun pitam depan bilik air. jatuh ciri ciri jantan yang mengalir dalam empunya badan ni. kanang anak langkau pun pantang demam pitam depan bilik air.

demam pun sampai masuk hospital. tangan kiri kanan pun dah kena cucuk jarum yang boleh dikira sakit jugak la. nasib baik doktor india tu cantik mcm aishwarya rai. nak ikut rupa miranda kerr jauh beza warna kulitnya. duduk wad bukan main lagi bosan. makan yang tak sedap boleh jugak habis satu pinggan. kalau dah sakit takkan nak acah acah baik nak berpuasa. kononnya kuat.

dekat hospital. bukan main ramai berminat dekat dengan aku. bakal bakal doktor malaysia manipal medical college suka sangat nak dekati aku. habis sekawan dia panggil periksa badan aku. soalan lazim yang aku perlu jawab:

adik, ada cirit birit tak?
adik, ada sakit sakit sendi tak?
adik, ada sakit perut tak?
adik, ada pening pening? dekat belakang kepala ke depan?
boleh saya periksa badan adik sekejap tak?

ingat badan aku ni bahan uji kaji ke? apa jadah setiap hari kena ketuk ketuk perut. mungkin aku ni mutan macam wolverine. cap jari tak kira bangsa semua dah melekat dekat badan aku.


June 28, 2010

boleh tahan jiran kamal ni.

aku terlupa bila aku pergi tengok rumah sewa kamal dekat port dickson. mana la tahu dapat tengok geduk geduk politeknik. kalau kalau terjumpa seiras miranda kerr. mahu terangkat bulu bulu roma aku. niat memang dah ternyata buruk. azan zohor sudah lama berkumandang. perjalanan muar ke port dickson rasa macam lebih dua marhalah. niat nak buat jamak takpayah pun ada. arah kiblat pun pening nak tentukan dekat rumah sewa kamal ni. ke barat daya pun dah. arah tengara pun terlibat sama. ini semua boleh dijadikan alasan bermusafir. depan rumah kamal ada kakak sidai kain jemuran. nak tunjuk rajin la tu. menjah pun malu malu anjing nak bertanya kiblat. akhirnya menjah gagahkan diri.

"kak, kiblat arah mana?" tanya menjah.

"aaa... arah sana kot." jawab kakak ni tergagap. nampak sangat jarang solat.

"baru pindah ka?"

"ha'ah. baru pindah. sewa." jawab kami.

"ni lelaki ke yang duduk rumah tu?"

"eh, tak lah kak. pondan. " jawab aku.

kakak ni nak kata rabun pun. tak jugak. bulu kaki kami dah tentu nampak drpd jauh. dari mata kasar. dada kami bidang. takda bongolan seperti kaum hawa. jiran kamal pun pandai melawak mcm si adi agaknya.

June 23, 2010

mamak boleh tahan pandai.

satu hari berjalan tak ingat dunia. orang kata, maghrib maghrib pun burung reti nak balik rumah. aku masih dekat melaka menanti holland lawan japan. ini semua gara gara mengisi masa terluang ketika cuti. nak berjalan sangat katakan. ini la penangannya. lutut pun boleh terketar ketar macam tak minum anlene gold. waktu balik sekali lagi jumpa ketayap melaka bak kata kamal. kali ni terkeluar pulak ayat kalau hujan mesti ketayap ni biak aedes. takung air banyak. otak masih tak memikirkan untuk pulang ke rumah. masih awal lagi bagi kami. singgah mamak sg abong seketika. tekak kering. mamak dekat sini muka semua ala hrithik roshan. punya la handsome. dada pun bidang banyak bulu bulu.

"minum apa?" tanya mamak.

"saya nak..milo ais tanak milo" nada berjenaka sambil gelak gelak.

"oh.air suam la." jawab mamak selamba.

caih. mamak ni boleh tahan bijak. muka aku mula la berubah wajah. buat muka manja dan merah merah gitu. tak sangka mamak ni pandai tepis jenaka aku.

June 19, 2010

simpati.

mereka perlukan bantuan. mereka yang memerlukan kasih sayang. lihat la wajah wajah mereka. begitu menyedihkan. saya perlu sokongan anda. bantulah mereka.

tolong la dengan seikhlas hati.



June 18, 2010

Adi Bukan Main Melawak.

sisa sisa cuti tinggal sekangkang kera. mula la berkira kira bila nak balik bangi. duit rumah sewa bukan liat lagi nak bayar. yang penting rumahmu syurgaku jua. balik awal tanpa penghuni tak guna jugak. petikan gitar ala alex turner belum tentu kedengaran. apatah lagi magic kad ala ala david blaine malaysia. ajak si adi balik saing pun okay. adi orangnya tak mudah nak tolak pelawaan orang. semuanya dia okay. aku mula gunakan sistem pesanan ringkas secara efektif. jimat tapi lambat.

"gile,kau balik bangi bila?" aku bertanya.

"nape..rindu aku ke? 27 or 28" jawab adi.

"ha'ah. aku balik27. saing jom. malam kita tgk bola dgn kecik."

"jom, boleh aje ba. saing mcm mana? kau datang rumah aku boleh? aku tumpang beg."

"gila, aku naik komuter" tegas aku.

"bengong, motor aku nak naik komuter sekali ke? tanya adi.

"kau gerak la petang tu gila"

dalam hati. boleh tahan si adi ni melawak. pandai jugak kawan aku ni motor naik komuter. gusar aku dengan perangai dia sejak kebelakangan ni.



June 17, 2010

ketayap ke tengkolok.

cuti sekolah adalah musim mengawan. semua orang sibuk nak mengawan. mungkin cuti sekolah masa yang tepat lagi ideal bagi mereka yang suka sangat nak mengawan. dapat la juga aku pekena nasi minyak dengan air sirap kurang manis. bukan senang nak orang jemput datang majlis diorang. kenduri dekat melaka bukan main tutup awal. apabila perut dah kenyang. hati pun naik senang. berjalan bagaikan parameswara menjulang melaka. masing masing mahu pulang ke pangkuan. karate kid jaden smith skytop merah terpaksa dilupakan. kopi ais elephant bean menanti disana. kuat juga penangan kacang gajah ni. perjalanan balik tak lekang dengan gelak ketawa.

"itu ketayap dah nampak" ujar kamal tegas.

tanda penghujung negeri melaka hampir tamat. salah satu simbolik melaka.

"tu bukan ketayap gila. tu tengkolok" gelak menjah.

ketayap dengan tengkolok mungkin ada sama erti bagi kamal. mungkin dikaitkan dengan kopiah.




June 05, 2010

budak lain macam

akhirnya dapat jugak aku duduk duduk dekat bilik kayu ni. bukan senang nak nampak bilik ni takda orang. hari tu bukan main ramai yang bertandang. payah jugak nak melabuhkan punggung dekat bilik ni. ada la niat nak lelapkan mata sambil sambil tengok surat khabar ni. "samun,dan rogol depan suami"..aku mula tak ambil kisah. mana la tahu lepas ni ada headlines "kucing rogol anjing". aku mula dengar suara kecil memekak. menangis. ohh, pak cik aku bersama anak kecilnya yang aku tak kenal. ke aku dah lama tak jenguk diorang. bila tiba si kakak budak kecik lelaki ni masuk bilik. mula la dia meronta ronta. macam kumbang takda bunga. budak lelaki ni keluar dan sekembali dekat bilik. auuwwww~ si acah acah comel bersama tudung ungu. jalan pun ada gaya. dia mula la buat aksi manja depan aku. aku pun main main mata dengan dia. mula la dia dengan aksi gatal seperti gay. bau bau badan aku. naik jugak bulu roma aku. senyum pun meliar. lepas tu ketawa sorang sorang. lain macam budak ni punya perangai. seram sejuk pun ada. bila bukak tudung. merengek. budak ni kekadang buat aksi "gaia gaia gaia". pengaruh dunia hiburan semuanya ini.

April 01, 2010

Tandas Awam Semua Sama

Baru pagi tadi aku pergi hantar mak,ayah dengan atuk menunaikan umrah dekat KLIA. KLIA ini pagi pagi dah ramai orang. Macam suasana dekat KL Sentral. Penuh dengan manusia. Agaknya orang Malaysia ni pergi kerja naik kapal terbang kot. Tanak tempuh traffic jam. Riuh dia lain macam. Dah alang-alang dekat situ pagi. Boleh la cuci mata tengok gadis gadis Iran. Pramugari lalu lalang mesti la tak terlepas pandang. Rugi tak terkata nanti. Bukan senang nak tengok orang cantik cantik ni. Tiba tiba perut rasa tak enak. Ada tanda tanda nak buang air ni. Mata berkeliaran cari tandas. Mana boleh lepaskan peluang nak buang sisa buangan ni. Bukan kerap pun nak datang sini. Tandas KLIA bukan main bersih. Lantai pun tak basah. Nak baring pun tak salah agaknya. Masuk je satu tandas. Tiba tiba je terpandang satu bahasa sanskrit kot. Berbunyi begini,

"berak jangan tinggal,pam dibelakang" tulisan samar samar bekas ukiran siapa ntah dekat pintu tu.

Rasanya orang putih pun mesti faham kot nanti kalau dia tengah buang air ke berak. Ingat tandas awan dekat bandar je banyak iklan. Rupanya semua tempat pun sama daaa.!

March 29, 2010

Grade Point

kelas petang memang penuh dugaan dan membosankan. masa tu jugak la kelas account ni nak kena salin income statement dengan balance sheet. dah la duduk nun jauh di belakang. nak nampak apa slides yang dekat white board. lambat salin memang tertinggal la. tak hebat la salin cepat cepat. bila satu persatu benda tertinggal. mula la terselit cerita evolusi kl drift. teringat watak sham acah acah gangster cina. tiba tiba yoe tersedar daripada lamunan. dah mula berkira kira subjek apa boleh score A. tak pernah yoe serious macam tu sekali. Rahim Maarof kalau tengok yoe masa tu pasti terharu. pasti alunan lagu "Tuhan..Tolonglah" feat Caprice dinyanyikan. yoe mula meminta kalkulator untuk langkah pertama yang bersemangat. 3subjek dikenal pasti boleh score A. gaya seperti pelajar SPM. yang lain target B dengan C. bila semua dicampurkan. yoe mula darab dengan credit hours semester ni. pandai jugak yoe berjinak dengan pengiraan grade point ni. tak pernah aku tahu kelebihan yoe setakat ni. entah betul ke tak cara dia. akhir sekali yoe mula bertanya

"lepas ni bahagikan dengan apa hah?"

"bahagi dengan 4..untuk sem 4" aku jawab spontan dengan nada selamba.

masing masing muka pelik dengan gelak ketawa. yoe ingat aku hebat sangat dengan kira kira grade point ni. tak pernah aku nk berjinak dengan kira kira grade point ni.



February 07, 2010

perihal telco-post

perihal seorang kerani telco post yang terlalu bijak. mungkin zaman persekolahannya belajar di University Oxford. telco post pulak selalu lenggang takda pengunjung. bila datang mula la asyik system-down. apa jadah telco post baru bukak dah system down. restoran kuali pun penuh dengan wifi. walaupun harga mencekik darah. telco post mula menjadi pilihan apabila pejabat pos mengamit ramai pengunjung ketika waktu puncak. kepantasan dan kecekapan kerani tidak dinafikan. hanya dua bill pun mengambil masa selama 20minit. mungkin itu paling pantas yang pernah dia lakukan. aku cuma bayar bil elektrik dan bil jalur lebar sahaja. jumlah terkumpul rm198.60. aku bayar rm200.60 untuk memudahkan pengiraan dia. dia membuat double check untuk pulangkan baki.

"baki rm7.40" kata kakak tu dengan muka hairan.

budak darjah 1 pun pandai congak. mungkin dia terlalu bijak dalam pengiraan.




January 19, 2010

musnah

semua benda mula berubah.
hilang dan pudar.
tanpa sebarang kepastian.

confuse.
insomniac.

tiada kata putus.
tiada jalan penyelesaian.
mungkin akhirnya...

MUSNAH







January 14, 2010

laugh

hanya bersaksikan bintang dan langit gelap yang luas terbentang.
tanpa memikirkan orang asing yang berada disekeliling.
kau ketawa riang.

gelak tawa kau memecah kesunyian alam.
lantas membangkitkan suasana riang.

menghilangkan tekanan.
rasa sangsi.
celaru.

ketawa penuh ikhlas.
ketawa
dan terus ketawa.








January 13, 2010

melodramatic

sandiwara yang penuh gimik.
hidup dengan sifat sifat yang dramatik.

ketahanan mental perkakas diri.
untuk membela nasib diri.

hasad dengki mainan diri.
boleh menghancurkan identiti tersendiri.

...





prolog.

propaganda bermula.
penuh dengan kekuatan dan kelemahan tersendiri.

prolog untuk menguasai segala hal.

kuasa pemangkin untuk meraih sokongan dan kehormatan.









January 12, 2010

CUBAAN

cubaan.
gerak jari jemari gagal cubaan pertama.

minda menjadi kaku.
lantas menjadi penghalang dalam cubaan pertama.

cubaan demi cubaan.
membangkitkan rasa minat dalam cubaan pertama.

titik noktah penutup segala cubaan.
.