April 01, 2010

Tandas Awam Semua Sama

Baru pagi tadi aku pergi hantar mak,ayah dengan atuk menunaikan umrah dekat KLIA. KLIA ini pagi pagi dah ramai orang. Macam suasana dekat KL Sentral. Penuh dengan manusia. Agaknya orang Malaysia ni pergi kerja naik kapal terbang kot. Tanak tempuh traffic jam. Riuh dia lain macam. Dah alang-alang dekat situ pagi. Boleh la cuci mata tengok gadis gadis Iran. Pramugari lalu lalang mesti la tak terlepas pandang. Rugi tak terkata nanti. Bukan senang nak tengok orang cantik cantik ni. Tiba tiba perut rasa tak enak. Ada tanda tanda nak buang air ni. Mata berkeliaran cari tandas. Mana boleh lepaskan peluang nak buang sisa buangan ni. Bukan kerap pun nak datang sini. Tandas KLIA bukan main bersih. Lantai pun tak basah. Nak baring pun tak salah agaknya. Masuk je satu tandas. Tiba tiba je terpandang satu bahasa sanskrit kot. Berbunyi begini,

"berak jangan tinggal,pam dibelakang" tulisan samar samar bekas ukiran siapa ntah dekat pintu tu.

Rasanya orang putih pun mesti faham kot nanti kalau dia tengah buang air ke berak. Ingat tandas awan dekat bandar je banyak iklan. Rupanya semua tempat pun sama daaa.!

2 comments:

Anonymous said...

halahh...cakap je pg sana nak tengok gadis gadis tu

Prankie said...

aiyoooyoo..
ade jugak macam ini..

http://kulitkupelikistik.blogspot.com