June 23, 2010

mamak boleh tahan pandai.

satu hari berjalan tak ingat dunia. orang kata, maghrib maghrib pun burung reti nak balik rumah. aku masih dekat melaka menanti holland lawan japan. ini semua gara gara mengisi masa terluang ketika cuti. nak berjalan sangat katakan. ini la penangannya. lutut pun boleh terketar ketar macam tak minum anlene gold. waktu balik sekali lagi jumpa ketayap melaka bak kata kamal. kali ni terkeluar pulak ayat kalau hujan mesti ketayap ni biak aedes. takung air banyak. otak masih tak memikirkan untuk pulang ke rumah. masih awal lagi bagi kami. singgah mamak sg abong seketika. tekak kering. mamak dekat sini muka semua ala hrithik roshan. punya la handsome. dada pun bidang banyak bulu bulu.

"minum apa?" tanya mamak.

"saya nak..milo ais tanak milo" nada berjenaka sambil gelak gelak.

"oh.air suam la." jawab mamak selamba.

caih. mamak ni boleh tahan bijak. muka aku mula la berubah wajah. buat muka manja dan merah merah gitu. tak sangka mamak ni pandai tepis jenaka aku.