March 29, 2010

Grade Point

kelas petang memang penuh dugaan dan membosankan. masa tu jugak la kelas account ni nak kena salin income statement dengan balance sheet. dah la duduk nun jauh di belakang. nak nampak apa slides yang dekat white board. lambat salin memang tertinggal la. tak hebat la salin cepat cepat. bila satu persatu benda tertinggal. mula la terselit cerita evolusi kl drift. teringat watak sham acah acah gangster cina. tiba tiba yoe tersedar daripada lamunan. dah mula berkira kira subjek apa boleh score A. tak pernah yoe serious macam tu sekali. Rahim Maarof kalau tengok yoe masa tu pasti terharu. pasti alunan lagu "Tuhan..Tolonglah" feat Caprice dinyanyikan. yoe mula meminta kalkulator untuk langkah pertama yang bersemangat. 3subjek dikenal pasti boleh score A. gaya seperti pelajar SPM. yang lain target B dengan C. bila semua dicampurkan. yoe mula darab dengan credit hours semester ni. pandai jugak yoe berjinak dengan pengiraan grade point ni. tak pernah aku tahu kelebihan yoe setakat ni. entah betul ke tak cara dia. akhir sekali yoe mula bertanya

"lepas ni bahagikan dengan apa hah?"

"bahagi dengan 4..untuk sem 4" aku jawab spontan dengan nada selamba.

masing masing muka pelik dengan gelak ketawa. yoe ingat aku hebat sangat dengan kira kira grade point ni. tak pernah aku nk berjinak dengan kira kira grade point ni.