June 28, 2010

boleh tahan jiran kamal ni.

aku terlupa bila aku pergi tengok rumah sewa kamal dekat port dickson. mana la tahu dapat tengok geduk geduk politeknik. kalau kalau terjumpa seiras miranda kerr. mahu terangkat bulu bulu roma aku. niat memang dah ternyata buruk. azan zohor sudah lama berkumandang. perjalanan muar ke port dickson rasa macam lebih dua marhalah. niat nak buat jamak takpayah pun ada. arah kiblat pun pening nak tentukan dekat rumah sewa kamal ni. ke barat daya pun dah. arah tengara pun terlibat sama. ini semua boleh dijadikan alasan bermusafir. depan rumah kamal ada kakak sidai kain jemuran. nak tunjuk rajin la tu. menjah pun malu malu anjing nak bertanya kiblat. akhirnya menjah gagahkan diri.

"kak, kiblat arah mana?" tanya menjah.

"aaa... arah sana kot." jawab kakak ni tergagap. nampak sangat jarang solat.

"baru pindah ka?"

"ha'ah. baru pindah. sewa." jawab kami.

"ni lelaki ke yang duduk rumah tu?"

"eh, tak lah kak. pondan. " jawab aku.

kakak ni nak kata rabun pun. tak jugak. bulu kaki kami dah tentu nampak drpd jauh. dari mata kasar. dada kami bidang. takda bongolan seperti kaum hawa. jiran kamal pun pandai melawak mcm si adi agaknya.

June 23, 2010

mamak boleh tahan pandai.

satu hari berjalan tak ingat dunia. orang kata, maghrib maghrib pun burung reti nak balik rumah. aku masih dekat melaka menanti holland lawan japan. ini semua gara gara mengisi masa terluang ketika cuti. nak berjalan sangat katakan. ini la penangannya. lutut pun boleh terketar ketar macam tak minum anlene gold. waktu balik sekali lagi jumpa ketayap melaka bak kata kamal. kali ni terkeluar pulak ayat kalau hujan mesti ketayap ni biak aedes. takung air banyak. otak masih tak memikirkan untuk pulang ke rumah. masih awal lagi bagi kami. singgah mamak sg abong seketika. tekak kering. mamak dekat sini muka semua ala hrithik roshan. punya la handsome. dada pun bidang banyak bulu bulu.

"minum apa?" tanya mamak.

"saya nak..milo ais tanak milo" nada berjenaka sambil gelak gelak.

"oh.air suam la." jawab mamak selamba.

caih. mamak ni boleh tahan bijak. muka aku mula la berubah wajah. buat muka manja dan merah merah gitu. tak sangka mamak ni pandai tepis jenaka aku.

June 19, 2010

simpati.

mereka perlukan bantuan. mereka yang memerlukan kasih sayang. lihat la wajah wajah mereka. begitu menyedihkan. saya perlu sokongan anda. bantulah mereka.

tolong la dengan seikhlas hati.



June 18, 2010

Adi Bukan Main Melawak.

sisa sisa cuti tinggal sekangkang kera. mula la berkira kira bila nak balik bangi. duit rumah sewa bukan liat lagi nak bayar. yang penting rumahmu syurgaku jua. balik awal tanpa penghuni tak guna jugak. petikan gitar ala alex turner belum tentu kedengaran. apatah lagi magic kad ala ala david blaine malaysia. ajak si adi balik saing pun okay. adi orangnya tak mudah nak tolak pelawaan orang. semuanya dia okay. aku mula gunakan sistem pesanan ringkas secara efektif. jimat tapi lambat.

"gile,kau balik bangi bila?" aku bertanya.

"nape..rindu aku ke? 27 or 28" jawab adi.

"ha'ah. aku balik27. saing jom. malam kita tgk bola dgn kecik."

"jom, boleh aje ba. saing mcm mana? kau datang rumah aku boleh? aku tumpang beg."

"gila, aku naik komuter" tegas aku.

"bengong, motor aku nak naik komuter sekali ke? tanya adi.

"kau gerak la petang tu gila"

dalam hati. boleh tahan si adi ni melawak. pandai jugak kawan aku ni motor naik komuter. gusar aku dengan perangai dia sejak kebelakangan ni.



June 17, 2010

ketayap ke tengkolok.

cuti sekolah adalah musim mengawan. semua orang sibuk nak mengawan. mungkin cuti sekolah masa yang tepat lagi ideal bagi mereka yang suka sangat nak mengawan. dapat la juga aku pekena nasi minyak dengan air sirap kurang manis. bukan senang nak orang jemput datang majlis diorang. kenduri dekat melaka bukan main tutup awal. apabila perut dah kenyang. hati pun naik senang. berjalan bagaikan parameswara menjulang melaka. masing masing mahu pulang ke pangkuan. karate kid jaden smith skytop merah terpaksa dilupakan. kopi ais elephant bean menanti disana. kuat juga penangan kacang gajah ni. perjalanan balik tak lekang dengan gelak ketawa.

"itu ketayap dah nampak" ujar kamal tegas.

tanda penghujung negeri melaka hampir tamat. salah satu simbolik melaka.

"tu bukan ketayap gila. tu tengkolok" gelak menjah.

ketayap dengan tengkolok mungkin ada sama erti bagi kamal. mungkin dikaitkan dengan kopiah.




June 05, 2010

budak lain macam

akhirnya dapat jugak aku duduk duduk dekat bilik kayu ni. bukan senang nak nampak bilik ni takda orang. hari tu bukan main ramai yang bertandang. payah jugak nak melabuhkan punggung dekat bilik ni. ada la niat nak lelapkan mata sambil sambil tengok surat khabar ni. "samun,dan rogol depan suami"..aku mula tak ambil kisah. mana la tahu lepas ni ada headlines "kucing rogol anjing". aku mula dengar suara kecil memekak. menangis. ohh, pak cik aku bersama anak kecilnya yang aku tak kenal. ke aku dah lama tak jenguk diorang. bila tiba si kakak budak kecik lelaki ni masuk bilik. mula la dia meronta ronta. macam kumbang takda bunga. budak lelaki ni keluar dan sekembali dekat bilik. auuwwww~ si acah acah comel bersama tudung ungu. jalan pun ada gaya. dia mula la buat aksi manja depan aku. aku pun main main mata dengan dia. mula la dia dengan aksi gatal seperti gay. bau bau badan aku. naik jugak bulu roma aku. senyum pun meliar. lepas tu ketawa sorang sorang. lain macam budak ni punya perangai. seram sejuk pun ada. bila bukak tudung. merengek. budak ni kekadang buat aksi "gaia gaia gaia". pengaruh dunia hiburan semuanya ini.