June 17, 2010

ketayap ke tengkolok.

cuti sekolah adalah musim mengawan. semua orang sibuk nak mengawan. mungkin cuti sekolah masa yang tepat lagi ideal bagi mereka yang suka sangat nak mengawan. dapat la juga aku pekena nasi minyak dengan air sirap kurang manis. bukan senang nak orang jemput datang majlis diorang. kenduri dekat melaka bukan main tutup awal. apabila perut dah kenyang. hati pun naik senang. berjalan bagaikan parameswara menjulang melaka. masing masing mahu pulang ke pangkuan. karate kid jaden smith skytop merah terpaksa dilupakan. kopi ais elephant bean menanti disana. kuat juga penangan kacang gajah ni. perjalanan balik tak lekang dengan gelak ketawa.

"itu ketayap dah nampak" ujar kamal tegas.

tanda penghujung negeri melaka hampir tamat. salah satu simbolik melaka.

"tu bukan ketayap gila. tu tengkolok" gelak menjah.

ketayap dengan tengkolok mungkin ada sama erti bagi kamal. mungkin dikaitkan dengan kopiah.




No comments: