September 18, 2010

kakak jagung

dah tiba masanya untuk pulang ke bangi. sempat jugak la aku cium tangan dengan pipi mak dengan ayah. mak sempat jugak cakap "duduk rumah asyik nak bergaduh je dengan mak". sifat manja tu kekadang perlu ada. mak bekalkan makanan untuk dibawa pulang. ternyata kasih sayang mak tetap utuh. adik ada jugak mengalirkan air mata. sedih bukan main. ayah tetap dengan jiwanya yang tenang. pernah jugak dia tawarkan aku rm1000 kalau hafal surah yassin dalam masa 3bulan semasa tengah enak aku makan kacang sambil tengok rancangan raya yang rancak rancak. sempat jugak aku lemparkan sengih osman kering bila dia berkata begitu. terkelu lidah pun ada. dalam perjalanan, abg ada jugak suruh turun bila jagung mentah tepi jalan. katanya untuk mak mertua dia. pandai dia ambik hati bakal mak mertua dia dengan jagung mentah. aku menurut perintahnya. tampak seperti adik yang mendengar kata.

"kak, selonggok jagung ni berapa?"

"selonggok rm10 je dik" jawab kakak jagung.

"bagi 2 la kak"

"okay, tadi kakak ingat adik ni cina!." balas kakak jagung.

aku mula senyum lebar. gaya maskulin terasa nak muncul.kemain lagi ayat kakak ni tau. puji tanpa segan silu. haish.