February 07, 2010

perihal telco-post

perihal seorang kerani telco post yang terlalu bijak. mungkin zaman persekolahannya belajar di University Oxford. telco post pulak selalu lenggang takda pengunjung. bila datang mula la asyik system-down. apa jadah telco post baru bukak dah system down. restoran kuali pun penuh dengan wifi. walaupun harga mencekik darah. telco post mula menjadi pilihan apabila pejabat pos mengamit ramai pengunjung ketika waktu puncak. kepantasan dan kecekapan kerani tidak dinafikan. hanya dua bill pun mengambil masa selama 20minit. mungkin itu paling pantas yang pernah dia lakukan. aku cuma bayar bil elektrik dan bil jalur lebar sahaja. jumlah terkumpul rm198.60. aku bayar rm200.60 untuk memudahkan pengiraan dia. dia membuat double check untuk pulangkan baki.

"baki rm7.40" kata kakak tu dengan muka hairan.

budak darjah 1 pun pandai congak. mungkin dia terlalu bijak dalam pengiraan.




2 comments:

Unknown said...

kan bagus kalau semua kerani pandai macam akak tu..dapat lah kurang kan kadar kemiskinan dalam kalangan rakyat malaysia sendiri..sebenarnya ni semua dah dirancang oleh syarikat itu bagi merealisasikan rancangan perdana menteri kita-membasmi kemiskinan.think positif babe.

Syzwn J said...

haha
telco post dkt mana ne
seksyen 9 tu ke??
sangat mantap