March 29, 2010

Grade Point

kelas petang memang penuh dugaan dan membosankan. masa tu jugak la kelas account ni nak kena salin income statement dengan balance sheet. dah la duduk nun jauh di belakang. nak nampak apa slides yang dekat white board. lambat salin memang tertinggal la. tak hebat la salin cepat cepat. bila satu persatu benda tertinggal. mula la terselit cerita evolusi kl drift. teringat watak sham acah acah gangster cina. tiba tiba yoe tersedar daripada lamunan. dah mula berkira kira subjek apa boleh score A. tak pernah yoe serious macam tu sekali. Rahim Maarof kalau tengok yoe masa tu pasti terharu. pasti alunan lagu "Tuhan..Tolonglah" feat Caprice dinyanyikan. yoe mula meminta kalkulator untuk langkah pertama yang bersemangat. 3subjek dikenal pasti boleh score A. gaya seperti pelajar SPM. yang lain target B dengan C. bila semua dicampurkan. yoe mula darab dengan credit hours semester ni. pandai jugak yoe berjinak dengan pengiraan grade point ni. tak pernah aku tahu kelebihan yoe setakat ni. entah betul ke tak cara dia. akhir sekali yoe mula bertanya

"lepas ni bahagikan dengan apa hah?"

"bahagi dengan 4..untuk sem 4" aku jawab spontan dengan nada selamba.

masing masing muka pelik dengan gelak ketawa. yoe ingat aku hebat sangat dengan kira kira grade point ni. tak pernah aku nk berjinak dengan kira kira grade point ni.



February 07, 2010

perihal telco-post

perihal seorang kerani telco post yang terlalu bijak. mungkin zaman persekolahannya belajar di University Oxford. telco post pulak selalu lenggang takda pengunjung. bila datang mula la asyik system-down. apa jadah telco post baru bukak dah system down. restoran kuali pun penuh dengan wifi. walaupun harga mencekik darah. telco post mula menjadi pilihan apabila pejabat pos mengamit ramai pengunjung ketika waktu puncak. kepantasan dan kecekapan kerani tidak dinafikan. hanya dua bill pun mengambil masa selama 20minit. mungkin itu paling pantas yang pernah dia lakukan. aku cuma bayar bil elektrik dan bil jalur lebar sahaja. jumlah terkumpul rm198.60. aku bayar rm200.60 untuk memudahkan pengiraan dia. dia membuat double check untuk pulangkan baki.

"baki rm7.40" kata kakak tu dengan muka hairan.

budak darjah 1 pun pandai congak. mungkin dia terlalu bijak dalam pengiraan.




January 19, 2010

musnah

semua benda mula berubah.
hilang dan pudar.
tanpa sebarang kepastian.

confuse.
insomniac.

tiada kata putus.
tiada jalan penyelesaian.
mungkin akhirnya...

MUSNAH







January 14, 2010

laugh

hanya bersaksikan bintang dan langit gelap yang luas terbentang.
tanpa memikirkan orang asing yang berada disekeliling.
kau ketawa riang.

gelak tawa kau memecah kesunyian alam.
lantas membangkitkan suasana riang.

menghilangkan tekanan.
rasa sangsi.
celaru.

ketawa penuh ikhlas.
ketawa
dan terus ketawa.








January 13, 2010

melodramatic

sandiwara yang penuh gimik.
hidup dengan sifat sifat yang dramatik.

ketahanan mental perkakas diri.
untuk membela nasib diri.

hasad dengki mainan diri.
boleh menghancurkan identiti tersendiri.

...





prolog.

propaganda bermula.
penuh dengan kekuatan dan kelemahan tersendiri.

prolog untuk menguasai segala hal.

kuasa pemangkin untuk meraih sokongan dan kehormatan.